Teknik Orang Jepun Mendidik Anak Mereka Supaya Cepat Pandai

Rakyat negara matahari terbit sememangnya terkenal dengan sikap rajin, berdisiplin dan bijak. Sudah tentu ajaran dan didikan dari ibu bapa mereka semenjak kecil menjadi pendorong utama kepada pembesaran anak-anak yang bijak. Perkongsian tip Bagaimana Orang Jepun Mendidik Anak Mereka?  dari Baharuddin Mohamed dilaman Facebooknya sangat menarik untuk dijadikan panduan dalam mendidik anak-anak.

 

Mendidik Anak Supaya Cepat Pandai
Teknik Orang Jepun Didik Anak Mereka Supaya Cepat Pandai

 

  1. Teknik Rangsangan Otak

Mereka menggunakan teknik merangsang otak kanan. Otak kanan adalah lebih kreativiti, otak kiri adalah cenderong kepada kira-kira dan fakta. Bila anak kita mula nak tidur ayam, cakap perlahan pada mereka ” mama sayang adik , adik anak yang hebat”. Berikan perkataan yang positif pada mereka. Anak-anak ini akan menyimpan memori imaginasi.

  1. Biarkan mereka bermain

Biasakan anak bermain warna dan melukis dikertas, bermain tanah liat, menggunting kertas. Biarkan mereka conteng kerana proses ini merangsang otak kanannya. Ada kajian yang menunjukkan penggunaan penyepit ketika makan oleh bangsa cina dan jepun membolehkan menambah rangsangan pada otak kanan anak-anak. Tak salah ikut benda yang baik. Kayu penyepit sebenarnya mengaktifkan kerja tangan sekaligus merangsang otak kanan anak-anak ini.

  1. Marahlah, tapi jangan tengking

Jangan marah dengan menengking anak-anak kerana semuanya akan disimpan melalui otak kanannya. Orang kita selalu dengar perkataan “jangan” , jangan itu, jangan ini….sehingga anak-anak itu takut mencuba perkara yang baru. Akhirnya sampai besar mereka sukar bercakap di khalayak.

  1. Teknik imaginasi

Isteri saya selalu menggunakan teknik imaginasi. Perasan tak anak kita selalu cerita perkara dalam imaginasi nya. Layankan. Selalukan bercerita dengan mereka dan minta mereka sambungkan cerita itu. Cerita itu akan jadi merapu dan mengikut imaginasi mereka. Sebenarnya baik untuk melatih otak kanan mereka.

  1. Teka-teki

Satu teknik lagi adalah selalu bermain teka-teki atau masukkan barang dalam kotak dan minta dia teka apa barang dalam kotak itu. Membuatkan mereka mula berfikir dan mengaktifkan otak kanan.

Jika selama ini kita mungkin tidak pernah melakukan perkara diatas, mulai hari ini boleh mula amalkan dan lihat bagaimana reaksi anak. Jangan marah-marah anak kerana mereka dalam proses mengenal dan belajar. Semoga bermanfaat. – CARI Infonet

Sumber – Baharuddin Mohamed

 

Amalan Gaya Hidup Sihat

Semua orang inginkan kehidupan yang sihat dan ceria. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, kita haruslah sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat. Dalam usaha untuk dapatkan gaya hidup sihat, kita mesti mempunyai niat dan semangat yang kuat agar dapat mewujudkan rasa keupayaan untuk dapat amalan gaya hidup sihat. Terdapat beberapa cara untuk kita amalkan untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Antaranya ialah :

Beriadah atau bersenam secara tetap

Sukan adalah salah satu aktiviti yang mudah dilakukan yang boleh membuatkan tubuh badan kita sihat. Beriadah atau bersenam dapat mengeluarkan peluh dari badan dan juga mengeluarkan toksin melalui peluh. Jika kita bersenam secara teratur, maka banyak manfaat untuk kesihatan badan kita seperti kenaikan daya tahan, menguatkan tulang, lemak badan yang lebih rendah, mengurangkan tekanan dan lain lain. Contoh senaman yang mudah adalah seperti berlari, berjalan, berbasikal dan aerobik.

Makan makanan yang seimbang

Amalan pemakanan yang seimbang memang perlu diutamakan agar kita tahu makanan yang penting untuk kesihatan badan kita. Makanan yang kurang berkhasiat perlu dikurangkan atau lebih baik dielakkan agar tidak membahayakan tubuh badan kita. Pilihlah makanan yang sihat agar tubuh badan kita sentiasa cergas dan bertenaga.

Rehat dan tidur yang mencukupi

Tubuh badan kita perlukan rehat yang cukup untuk mendapatkan tubuh yang cergas dan bertenaga. Jika kurang rehat menyebabkan kita kurang tumpuan dan tidak bermaya. Tidur yang mencukupi boleh menguatkan sistem ketahanan badan,

Tidak merokok

Tabiat merokok boleh merisikokan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung dan 40 jenis penyakit yang boleh membawa maut. Ini adalah kerana terdapat 4000 jenis bahan kimia. Rokok mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan disebabkan oleh bahan kimia yang berbahaya dalam asap rokok. Asap rokok juga mencemarkan alam sekitar dan boleh  membahayakan orang yang berada disekeliling perokok yang menghidu asap rokok itu.

Tekanan dan stress

Tekanan dan stress yang berpanjangan boleh menimbulkan rasa marah. Jadi atasi masalah ini dengan mengawal tekanan dan marah. Beberapa cara untuk mengurangkan marah adalah berfikir secara positif, wujudkan hobi, belajar bertenang, luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah, cari teman untuk bercerita dan kongsi masalah dan lain lain lagi.

Oleh itu, jika kita melakukan amalan gaya hidup sihat sudah semestinya kita akan mendapat kehidupan yang baik dan sihat. Gaya hidup sihat juga dapat membantu dalam mencegah penyakit.

Bersedialah untuk peperiksaan

Bersedialah untuk peperiksaan! Peperiksaan amat penting untuk masa hadapan kerana tahap pendidikan mencorakkan masa depan seseorang. Pendek kata, sekiranya keputusan peperiksaan kita baik, cemerlang, boleh dikatakan cerahlah masa hadapan kita…

Bersedialah untuk peperiksaan: Penting untuk masa hadapan
Bersedialah untuk peperiksaan: Penting untuk masa hadapan

Bagi mencapai keputusan yang cemerlang, persediaan adalah penting sebelum kita masuk ke dewan peperiksaan. Sudah tentulah kita perlu membaca buku sekian banyak, membuat kajian, mengingat, menulis semula, membaca soalan peperiksaan yang lalu dan sebagainya. Jadi bersedialah untuk peperiksaan secara berterusan bukan sahaja beberapa bulan sebelum peperiksaan malah bertahun-tahun. Sekiranya anda  akan mengambil peperiksaan SPM, persediaan hendaklah dari tingkatan 4 lagi.

Berikut ini adalah tips belajar sebagai persediaan untuk peperiksaan:

  • Sentiasa  tumpukan perhatian apabila guru sedang mengajar (attentive).
  • Ambil nota atau catatan yang penting untuk mendapatkan ringkasan apa yang disampaikan kepada anda dalam kelas.
  • Buat penyelidikan atau bacaan sebelum kelas diadakan kerana dengan penyelidikan dan bacaan tentang topik yang akan diajar, kita akan mudah faham apa yang akan guru sampaikan.
  • Ulangkaji apa yang diajar selapas habis kelas kerana ingatan kita masih kuat dalam beberapa jam selepas guru mengajar. Semakin lambat kita ulangkaji, semakin berpotensi kita akan melupakan apa yang diajar.
  • Sentiasa menimba ilmu dalam bidang berkenaan kerana kita akan mendapat informasi yang baru atau maklumat terperinci tentang topik yang dibincangkan.
  • Sekiranya kita tidak faham apa yang diajar, berjumpalah guru semula secara peribadi untuk mendapatkan penjelasan. Anda juga boleh bertanya kepada kawan yang faham subjek berkenaan.
  • Amalkan pemakanan yang boleh membantu ingatan yang kuat seperti madu, halia, kurma, kismis dan sebagainya.
  • Makanan IQ seperti homeopati juga boleh membantu anda yang mempunyai pemikiran yang kurang cerdas.

Berusahalah selagi anda berupaya untuk meningkatkan ilmu anda. Tidak rugi anda belajar sungguh-sungguh untuk masa depan anda. Ikhlas lah dalam belajar kerana sekiranya anda menguasai subjek tersebut, in sya Allah, anda akan dapat gunakan pada masa hadapan, sama membantu diri sendiri, membantu keluarga atau masyarakat.

Jangan jemu belajar kerana itulah saat-saat yang begitu bermakna dalam hidup seseorang.

 

Menguatkan Daya Ingatan Melalui Pembelajaran

Melalui teknik pembelajaran juga kita dapat meningkatkan daya ingatan kita. Jika seorang pelajar tahu cara belajar dengan betul, belajar akan menjadi mudah dan seronok. Buatlah otak kita terus bekerja, mainkan permainan yang melatih memori dan daya ingatan.  Terdapat beberapa cara menguatkan daya ingatan melalui pembelajaran yang boleh kita ambil untuk meningkatkan daya ingatan kita. Antaranya ialah :

Minat terhadap apa yang dipelajari.

Ini merupakan syarat utama untuk kita mudah mengingati. Kita tidak boleh memaksa otak kita untuk mengingati sesuatu yang kita tidak minat. Jika seseorang pelajar minat terhadap pembelajaran yang diajar oleh gurunya, pasti proses mengingat akan berjalan dengan lancar. Jadi seorang pelajar perlu timbulkan perasaan minat pada setiap subjek agar mudah untuk mengingati setiap pembelajaran.

Berikan tumpuan sepenuhnya semasa belajar.

Tumpuan adalah penting untuk mengingat sesuatu perkara. Daya ingatan berkait rapat dengan daya tumpuan. Semakin banyak daya tumpuan diberikan, semakin kuat daya ingatan anda. Abaikan perkara lain yang berlaku disekeliling anda. Beri tumpuan sepenuhnya kepada apa yang guru anda sedang katakan dan cuba fahami maksudnya, Salin nota yang guru anda berikan dan buat catatan anda sendiri tentang apa yang anda telah faham. Ini bermaksud, anda perlu berfikir tentang apa yang guru anda ajarkan.

Fahami dahulu sebelum hafal.

Kajian telah menunjukkan bahawa apabila kita faham sesuatu perkara, ianya akan lebih lama kita ingati daripada hanya menghafalnya sahaja. Jadi, sebelum kita ingin hafal sesuatu maklumat atau fakta, kita perlu fahami setiap maklumat atau fakta bagi memudahkan maklumat dihafal dengan lebih mudah.

Menyusun ingatan secara logik. ( menggunakan peta minda )

Biasanya lebih mudah untuk kita mengingati sesuatu fakta atau maklumat dalam satu rumpun yang berkait rapat antara satu sama lain. Ingatan menjadi lebih mudah jika sesuatu fakta itu dapat dikaitkan dengan fakta yang lain melalui gambar rajah atau peta minda. Memori manusia lebih mudah mengingat imej daripada perkataan ataupun fakta-fakta.

Latih tubi dan ulangkaji yang berulang kali.

Ingatan anda akan menjadi lebih kukuh dan kuat jika maklumat yang ingin diingati selalu diulang-ulang.
Latih tubi pula akan mempercepatkan lagi proses mengingati. Untuk mudah mengingati sesuatu anda perlu ulang dan latih semula apa yang anda ingin ingat. Kajian mengatakan bahawa selepas 48 jam, anda akan lupa lebih daripada 90% apa yang telah anda pelajari. Perkara ini boleh dielakkan jika anda mengulang semula apa yang telah anda pelajari atau apa yang ingin anda ingat.

Oleh itu, sebagai seorang pelajar haruslah tahu dan sentiasa melakukan teknik belajar dengan betul  dalam pembelajaran agar dapat belajar dan faham dengan cara yang mudah dan melahirkan pelajar cemerlang.

Menguatkan Daya Ingatan Melalui Pembelajaran
Menguatkan Daya Ingatan Melalui Pembelajaran

 

Amalan Menguatkan Daya Ingatan

Amalan menguatkan daya ingatan amat penting dalam kehidupan seseorang. Dengan memiliki daya ingatan yang kuat dan tajam, seseorang akan mudah dalam belajar dan juga didalam kehidupan seharian. Dalam proses mengingat, otak memainkan peranan yang besar. Otak amat penting kerana semua aktiviti dalam badan dikawal oleh organ itu. Otak yang sihat penentu kepada kesempurnaan fungsi organ dan anggota badan lain. Daya ingatan yang baik dapat melahirkan otak yang cergas dan cerdas.

Amalan Menguatkan Daya Ingatan
Amalan MenguatkanDaya Ingatan

Akan tetapi, ramai antara kita tidak menyedari terdapat amalan seharian yang kurang bermanfaat kepada tubuh turut memberi kesan sampingan terhadap tumbesaran dan fungsi otak. Amalan- amalan tersebut melibatkan aspek pemakanan, kecergasan badan, pemikiran dan pembentukan hormon dalam badan. Jika amalan kehidupan seharian kita lemah, maka otak juga tidak dapat berfungsi dengan baik dan melemahkan daya ingatan.

Berikut adalah beberapa amalan menguatkan daya ingatan seseorang :

Sarapan
Sarapan  penting bagi memastikan otak mampu berfungsi dengan baik. Individu yang tidak bersarapan  akan mengakibatkan kurang  kandungan gula dalam darah yang mana penting untuk membekalkan nutrien ke otak.

Membaca Al-Quran
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak.
Jangan merokok
Asap rokok mengandungi bahan beracun yang merosakkan sel-sel otak. Selain melemahkan pengaliran darah ke otak,  asap rokok juga membawa kepada penyakit berbahaya seperti kanser.

Tidur mencukupi
Otak yang sihat dan cergas terhasil daripada rehat serta tidur yang mencukupi. Namun, elakkan daripada tidur berlebihan kerana amalan itu boleh mengakibatkan otak seseorang menjadi lemah dan kurang aktif.

Vitamin E dan B12
Amalkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin E dan B12 seperti badam, sayur bayam, susu, telur dan banyak lagi. Vitamin-vitamin tersebut amat penting bagi pertumbuhan sel-sel otak dan pada masa sama menguatkan daya ingatan.

Amalan membaca
Amalan membaca sememangnya terbukti dalam meningkatkan daya kreativiti dan pemikiran. Ini kerana apabila kita membaca, pelbagai informasi akan diserap dan membuatkan otak lebih berfikir serta berimaginasi.

Hidu udara bersih
Oksigen merupakan sumber penting untuk memastikan otak dapat berfungsi dengan baik. Udara segar membantu meningkatkan kecerdasan otak dan memperbaiki sel-sel otak yang rosak.

Dengan panduan cara hidup yang sihat di samping pemakanan bermanfaat, otak kita bukan sahaja boleh kembali berfungsi dengan baik malah dapat menghasilkan daya ingatan yang baik. Disamping itu juga, kita boleh juga ambil makanan tambahan untuk membantu dalam menguatkan daya ingatan.

 

Fokus Cemerlang: Kaedah Kejayaan

Fokus ialah memberi tumpuan atau perhatian pada sesuatu perkara. Fokus akan menjadikan kehidupan kita lebih efektif. Fokus cemerlang, kita dapat hasil yang cemerlang.

Apabila kita fokus ccemerlang, kita dapat menyatukan semua tenaga ke arah satu titik sehingga akan menghasilkan tenaga yang luar biasa  dan cemerlang. Seperti cahaya matahari menembusi kanta cahaya, ia dapat membakar apa yang ada di bawahnya.

Fokus cemerlang
Fokus cemerlang boleh menghasilkan keputusan yang cemerlang.

Mengapa kita perlu fokus?

Fokus cemerlang adalah kunci untuk berjaya. Jika kita fokus dalam satu perkara, ia dapat memberikan sesuatu hasil yang cemerlang. Fokuskan apa yang kita impikan.  Melalui fokus yang dilakukan itu, kita pasti akan dapat merasakan bahawa kita menjadi lebih bersemangat.  Rasa bersemangat ini datangnya daripada tenaga yang kita alirkan dari dalam diri kita. Contohnya di dalam sukan, seorang pelumba kereta ingin menduduki tempat pertama di dalam pertandingan. Jadi, beliau akan bersungguh-sungguh untuk berlumba dan memberi sepenuh perhatian pada perlumbaan. Dari situ, beliau akan dapat tenaga berlebihan untuk menang dalam pertandingan.

Bagaimana untuk mencapai fokus cemerlang?

Energy flows where attention goes. –Rhonda Byrne, The Secret 

Mengikut Rhonda Byrne, apabila kita fokus pemikiran kita kepada sesuatu yang positif, kita akan menarik yang positif, sebaliknya apabila kita selalu menyebut, memikirkan dan mencadangkan yang negatif, perkara itu akan datang kepada kita atau persekitaran kita. Ini disebut sebagai “Law of Attraction”.

Jadi, menumpukan fikiran adalah satu cara untuk fokus kepada sesuatu seperti pelajaran, kesihatan, kewangan dan sebagainya. Dengan menambah ilmu kita tentang sesuatu ilmu, kita dapat fokus kepada bidang yang kita minati. Dalam kata lain – “concentrates” atau memberi tumpuan terhadap sesuatu perkara.

Cara untuk  fokus adalah dengan mengetepikan unsur atau hal yang lain. Contohnya seorang pelajar harus fokus pada  pelajaran dan memberi sepenuh perhatian pada apa yang cikgu ajar di hadapan dan mengetepikan gangguan dari rakan dan lupakan perkara yang tidak penting agar dapat memberi tumpuan pada pelajaran. Di samping itu juga, seseorang perlu ada ilmu untuk mencapai sesuatu tujuan agar dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada apa yang diimpikan.

Apakah hasil orang – orang yang memberi fokus?

Seseorang yang memberi fokus akan dapat mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang yang diimpikan dalam kehidupan. Memberi tumpuan dan perhatian pada sesuatu perkara amatlah penting kerana jika kita tidak memberi sepenuh tumpuan ia akan menyebabkan otak akan melayang memikirkan hal lain yang tidak penting. Jika kita dapat menetapkan fikiran, kita akan dapat mencapai apa yang kita impikan dengan mudah dan teratur. Oleh itu, fokus amat penting dalam kehidupan kita agar kita dapat mencapai sesuatu perkara yang kita impikan.

Fokus kepada makanan anda untuk sihat. Fokus juga kepada makanan tambahan yang membantu mencergaskan minda anda untuk kejayaan.

Atasi Sifat Malas yang Mencengkam

Bagaimana Sifat malas menguasai diri:

i) Sifat malas merupakan salah satu sifat yang ada dalam diri manusia. Ia menyebabkan seseorang itu rasa lesu, tidak bermaya, tidak ada inisiatif untuk melakukan sesuatu dan sebagainya. Tetapi ia bergantung pada setiap diri manusia sama ada mahu atasi sifat malas itu atau biarkan sahaja sifat itu menguasai diri.

Sifat Malas

ii) Sebagai seorang manusia, tidak kira lah dewasa ataupun seorang pelajar, sifat malas hanya akan merugikan diri dan melemahkan motivasi diri seseorang. Kita tidak akan mencapai kejayaan jika sifat malas itu menguasai diri. Sifat ini juga didorong oleh bisikan syaitan. Kita sebagai manusia haruslah melawan dan perbanyakkan doa agar perkara dijauhi.

iii) Dalam dunia perkerjaan,  antara sifat  yang selalunya timbul adalah menolak tugas, rasa bosan, tidak berdisiplin, suka menunda dan menangguhkan sesuatu tindakan, mengelak daripada tanggungjawab dan lain lain. Jika perkara ini berterusan, kerja akan banyak tertangguh dan syarikat akan mengalami kerugian. Jika seorang pelajar pula, antara sifat malas yang ada pada mereka adalah tidak melakukan tugasan yang diberi, menangguhkan kerja, tidak memberi tumpuan semasa belajar dan sebagainya.  Perkara ini boleh menyebabkan pelajar gagal dalam pelajaran.

Bagaimana Mengatasi Sifat Malas:

i) Untuk menjadi seorang yang berjaya, sikap malas tersebut harus dibuang agar semua perkara yang kita lakukan menjadi teratur. Jika sifat ini sudah menjadi tabiat maka ia akan menjadi amalan harian dalam hidup kita yang akan mencengkam segala perlakuan kita jika tidak dikawal. Sifat ini tidak mendatangkan faedah pada kita, malah ia hanya akan merugikan.  Kita seharusnya atasi sikap ini dengan mengambil langkah tertentu. Antaranya ialah :

  • menetapkan dan menulis tujuan atau matlamat hidup kita
  • mendisiplinkan diri untuk melakukan sesuatu matlamat
  • ingat akan tanggungjawab pada diri dan keluarga
  • sentiasa mencari ilmu
  • tanamkan sifat positif dalam setiap tindakan dan perlakuan
  • mengambil makanan yang menyalurkan vitamin atau zat tambahan kepada tubuh agar dapat mengaktifkan minda kita untuk bertindak pantas.

ii) Berdoalah untuk mendapatkan kekuatan. Hampir diri anda dengan Yang Maha Pencipta agar anda diberi pertolongan.

Produk Kecergasan Minda Memo-Meta

Produk Kecergasan Minda Memo-Meta

Produk Kecergasan Minda Memo-Meta dicipta khas untuk membantu para pelajar dan dewasa untuk mencapai kecerdasan Minda yang sangat istimewa. Daripada seorang yang biasa-biasa saja dari segi kebolehannya, mereka boleh mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Image result for peperiksaan

Rahsianya, ialah dengan mengamalkan formula makanan tambahan yang dimakan waktu pagi dan petang. Produk ini membantu menambah kebolehan otak untuk menjana informasi atau maklumat. Otak akan mencerna segala data yang masuk ke kepala dan menyimpannya sebagai memori.

Produk Kecergasan Minda
Produk MEMO-META berharga RM30 sekotak.

Kita seringkali mendengar masalah yang dihadapi oleh ibubapa yang menjaga anak seperti berikut:

  • Lemah semagatnya dalam pelajaran
  • Selalu mendapat nombor corot dalam kelas
  • Sangat lemah dalam pelajaran
  • Tidak fokus semasa belajar
  • Malas belajar dan malas solat
  • Tidak perihatin terhadap arahan
  • Sikap degil, panas baran, murung dan tidak mendengar kata
  • Terlalu aktif atau hyperaktif
  • Pelat tuturkata atau gagap

Kesemua perkara yang tersebut di atas ialah berpunca dari minda yang tidak cerdas dan selalu mengelamun. Penyelesaiannya, ambillah sekotak Produk Kecerdasan Minda Memo_Meta dan makanlah setiap pagi dan petang. Pelajar tersebut in sya Allah akan mendapat nutrient yang dikehendaki otak dan pemikirannya akan bertambah matang dan geliga.

Lihat sendiri…bagaimana produk Kecergasan Minda Memo-Meta mencatat rekod cemerlang membantu ramai Pelajar, Guru & Ibubapa. Produk ini mampu memecahkan kebuntuan & merawat kesuraman hidup, mengatasi masalah kelembapan minda, emosi dan rohani.

 

KEISTEMEWAAN DAN FAEDAH PRODUK MEMO-META…

Produk Kecerdasan Minda Memo-Meta ini berupaya meningkatkan potensi seperti minda cerdas, ketenangan fikiran, lebih fokus, rajin, mendengar kata dan berubah menjadi lebih positif dalam sikap mereka.

 

Penyelesaiannya…

Secara amnya Produk Kecerdasan Minda Memo-Meta ini boleh:

  • Meningkatkan tahap IQ dan kecerdasan otak dengan pantas.
  • Menambah kebolehan pelajar untuk memproses data, cepat mengingat dan mengimbas kembali maklumat yang dibaca
  • Mengatasi masalah lembam, gagap dan kesukaran atau kelambatan bercakap pada kanak-kanak
  • Mengurangkan dan mengatasi sifat-sifat seperti gugup, merajuk, hati berdebar-debar, pemalu, degil, penakut, jauh dengan keluarga dan panas baran.
  • Menenangkan perasaan dan membuang stress belajar atau bekerja seharian
  • Berasa mudah, ceria dan bertenaga ketika bangun waktu pagi
  • Meningkatkan keyakinan diri dan tidak ada rasa was-was..
  • Memperbaiki keyakinan diri ketika bercakap.

 

Dengan hanya bermodalkan RM30, anda boleh mendapat produk yang menyelesaikan banyak masalah pada anak anak. Produk Kecemerlangan Minda ini sangat baik terutamanya bagi yang malas belajar, cepat jemu dan sebagainya.

 

Bertindaklah Sekarang…

Bantu Anak-Anak Anda untuk Masa Depan Mereka…

 


                              Klik Sini

                  Untuk Belian Produk

 


 

Rosel Meningkatkan Keupayaan Berfikir

Khasiat Rosel

Rosel, asam belanda atau asam susur / asam paya (Bahasa Inggeris: roselle) merupakan tumbuhan daripada spesies Hibiscus sabdariffa L. Rosel mempunyai keluarga yang sama dengan bunga raya (Hibiscus rosasinensis).

ROSEL

Tumbuhan rosel dikatakan berasal dari India tetapi ada juga pendapat yang mengatakan ia berasal dari Afrika Barat. Rosel ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau. Di India Barat ia dipanggil Jamaican Sorrel.

Rosel kaya dengan antioksidan.  Ia mampu membaiki kerosakan pada otak, meningkatkan keupayaan berfikir, dan memulihkan kerosakan pada otak mangsa serangan angin ahmar.

Dengan memakan makanan yang mengandungi antioksidan juga mampu menghalang berlaku nyanyuk serta meningkatkan keupayaan untuk menaakul (berfikir).

Pokok rosel boleh tumbuh daripada biji benih atau keratan dengan ketinggian yang boleh mencapai sehingga 3–5 meter serta mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun. Bunganya berwarna cerah, salut bunga atau kaliksnya berwarna merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan bunga raya biasa. Bahagian bunga asam belanda yang boleh diproses menjadi makanan ialah salut bunganya (kaliks). Ia mempunyai rasa yang amat masam. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan. Antaranya minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk.

Di Sudan, asam belanda diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.

Kangungan (Bagi 100 gram kaliks asam belanda)

Protein 1.145 g,

lemak 2.61 g,

serat 12.0 g,

abu 6.90 g,

kalsium 1.263 g,

fosforus 0.2732 g,

zat besi 0.00898 g,

karotena 0.00029 g,

thiamin 0.00117 g,

riboflavin 0.00277 g,

niasin 0.003765 g,

asid askorbik

(Vitamin C) 0.0067 g.

 

 

Rosel varieti putih dan merah.

“Asam Belanda”. Dewan Bahasa dan Pustaka. Capaian 7 April 2012.

rozel mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, ia juga mengandungi vitamin-vitamin lain seperti Vitamin D, B1 dan B2, Kalsium, Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3, rozel juga mengandungi anthocyanine (antioksidan), phewww banyakkan khasiat rozel nie ^___^.

Dr. Abdul Aziz Sharaf dari Sudan Research Unit, Institute of African and Asian Studies telah mengadakan penelitian mengenai khasiat bunga rozel dan mendapati rozel mengandungi khasiat-khasiat berikut:

  • Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik
  • Memperlancar peredaran darah.
  • Mengubati luka luar dan dalam.
  • Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.
  • Sebagai diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)
  • Bersifat detoksifikasi, membuang racun.
  • Mempunyai efek anti kejang otot.
  • Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
  • Membunuh bakteria penyebab TBC.
  • Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan
  • Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.
  • Mencegah penyakit jantung.
  • Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.
  • Mengubati asma dan alergi.
  • Mengubati insomnia.
  • Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.
  • Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.
  • Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
  • Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
  • Menyihatkan mata
  • Menyeimbangkan berat badan.
  • Mengurangi panas dalam .
  • Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.
  • Mengubati pening kepala/migraine.
  • Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
  • Menghilangkan sakit sakit di badan.
  • Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA
  • Dapat mengurangi risiko osteoporosis.
  • Mengubati sakit tenggorokan dan sawan.
  • Mengatasi masalah stress/tekanan.

Rujukan: Panduanpercuma

Pegaga Untuk Geliga

TAHUKAH ANDA BAHAWA PEGAGA DAPAT MENAMBAH KECERGASAN OTAK?

Pegaga atau nama saintifiknya, Centella asiatica. Ia berasal dari kawasan Asia iaitu India, Sri Lanka dan Madagascar dan juga Afrika Timur.

PEGAGA

Herba ini kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, Vitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda. Selain itu, mengelakkan masalah kegemukan.

Herba ini banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani. Ia sering dimakan sebagai ulam. Daunnya boleh dibuat tonik. Ia juga menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.

Terdapat sekurang-kurangnya lima jenis tumbuh meliar di negara ini. Jenis tersebut ialah pegaga cina, pegaga daun lebar, pegaga gajah, pegaga salad, dan renek.

Di India, herba ini diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik. Hal ini kerana ia mampu menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, ia digunakan untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan dan gigitan ular.

Antara khasiat lain adalah:

  • penawar alahan
  • merawat asthma dan sesak nafas
  • merawat jangkitan paru-paru
  • merawat kegusaran dan kegigilan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing
  • membantu merawat buah pinggang
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat cirit birit dan gastrik
  • menurunkan tekanan darah 

Pegaga boleh dimaklumkan sebagai ulam yang bernutrisi dan berkhasiat. Ia boleh dimakan mentah atau dimasak. Rasanya agak sedikit pahit, dan sering digunakan oleh orang Asia untuk memasak sebagai sayuran tambahan.

Masyarakat Nusantara juga menjadikan ekstrak pegaga sebagai minuman herba atau tonik herba atau jamu. Masyarakat India pula menjadikan ekstrak daun pegaga sebagai minuman musim panas yang dicampur ais. Ia dinamakan “thandaayyee”.

Lebih lagi, ia dipercayai mempunyai kelebihan dalam memberi kesan terus kepada masalah tekanan darah rendah. Ia  selalu dirujuk sebagai ubat tradisional untuk mengembalikan keserian wajah dan awet muda.

Bagi kaum Melayu ia dimakan secara segar sebagai ulam dan juga sering dijadikan kerabu dengan campuran dengan daun herba lain.

Bagi kaum Cina ia dijadikan minuman penyejuk badan. Kaum India pula menggunakannya sebagai tonik kecerdasan minda.

Masyarakat India juga menjadikannya sebagai sumber perubatan. Antaranya untuk penawar racun, anti kanser, ubat cirit birit dan dijadikan tonik mengubati penyakit kulit dan saraf.

Sejarah perubatan Ayur Veda menunjukkan herba ini sebagai sumber paling baik dan menyegarkan untuk sel-sel otak dan otot manusia.

Istimewanya tumbuhan menghijau ini turut dijadikan penawar dalam menurunkan tekanan darah, melawaskan kencing, penyembuhan luka, ulser, masalah kulit dan penawar alahan.

Tumbuhan ini kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi dan Vitamin A dan C.
Dalam bidang kecantikan khasiatnya terbukti mampu menjadi bahan tambahan kepada pelbagai penyakit. Contohnya anti selulit dan anti kedutan untuk mata. Ia juga menambah seri muka dan menambah ketegangan kulit dan akhirnya membentuk kulit baru.


Rujukan: anizyn

 

Untuk Kecerdikan dan Kepintaran